Latar Belakang

SEJARAH RINGKAS

PERKIM BAHAGIAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN

(1967 – 2020)

PERKIM Bahagian Negeri Kedah adalah antara PERKIM Bahagian yang terawal di tubuhkan, iaitu dalam tahun 1967 dan Pengerusi pertama PERKIM Bahagian Negeri Kedah ialah TYT Tun Datuk Seri Utama, Syed Ahmad Al-Haj bin Syed Mahmud Shahabudin. Pada waktu tersebut beliau adalah Menteri Besar Kedah.

PERKIM Bahagian Negeri Kedah telah didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan pada 4hb November 1968 dengan menggunakan nombor pendaftaran Bil. 4 dlm R.O.S. 76/61-4.

Sejak ditubuhkan sehingga kini, PERKIM Bahagian Negeri Kedah telah dipengerusikan oleh lapan orang Pengerusi seperti senarai berikut:


PENGERUSI PERKIM BAHAGIAN NEGERI KEDAH SEJAK PENUBUHAN

1. Tun Datuk Seri Utama Syed Ahmad Al- Haj bin Syed Mahmud Shahabudin (1967 – 1969)

2. Tuan Syeikh Saad bin Md. Said  (1969 – 1971)

3. Tan Sri Dato’ Syed Agil Baraqbah  (1971 – 1984)

4. Datuk Sheikh Osman bin Ibrahim  (1984 – 1986)

5. Tan Sri Dato’ Paduka Haji Shafie bin Abdullah  (1986 – 1995)

6. Dato’ Panglima Jaya Dato’ Wira Syed Ahmad Al- Mahdali  (1995 – 2009)

7. Dato’ Dr. Haji Azmi bin Haji Ahmad  (2009 – 2013)

8. Dato’ Panglima Jaya Dato’ Wira Haji Ismail bin Hamid  (2013 – sekarang)


Semasa 8 orang Pengerusi ini menerajui PERKIM, Setiausaha dan Bendahari yang telah berkhidmat berjumlah 17 orang dan mereka adalah seperti senarai berikut:


SETIAUSAHA PERKIM BAHAGIAN NEGERI KEDAH SEJAK PENUBUHAN

1. Dato’ Paduka Haji Abdullah bin Ismail (1967 – 1969)

2. Dato’ Sheikh Mahmud bin Ismail Naim (1969 – 1970)

3. Ustaz Jamaluddin Amini bin Marzuki (1970 – 1971)

4. Encik Abdul Aziz bin Hassan (1971 – 1972)

5. Dato’ Haji Fadhil bin Mohd Noor (1972 – 1974)

6. Ustaz Haji Abu Bakar bin Awang (1974 – 1975)

7. Tuan Syed Mansoor Al- Bukhory (1975 – 1977)

8. Ustaz Haji Yusof bin Salleh (1977 – 1978)

9. Tuan Haji Yusof bin Saad (1978 – 1980)

10. Dato’ Haji Abdul Hamid bin Tahir (1980 – 1994)

11. Tuan Haji Mohd Noor bin Daud (1994 – 1995)

12. Tuan Haji Ali bin Haji Mohd Nor (1995 – 2001)

13. Dato’ Haji Salim bin Abdul Hamid (2001 – April 2018)

14. Tuan Haji Rahim bin Hashim (Mei 2018 – Julai 2019)

15. Tuan Haji Turedy bin Abdullah (Julai 2019 – Sekarang)


BENDAHARI PERKIM BAHAGIAN NEGERI KEDAH SEJAK PENUBUHAN

1. Tuan Haji Abdul Mutalib bin Muhammad (1967 – 2009)

2. Dato’ Panglima Jaya Dato’ Wira Haji Ismail bin Hamid (2010 – 2013)

3. Tuan Haji Adzauddin bin Haji Salleh (2013 – Sekarang)


Allahyarham Tuan Haji Abdul Mutalib bin Muhammad dilantik sebagai Bendahari Kehormat oleh tujuh orang Pengerusi dan telah berkhidmat selama 42 tahun. Beliau memohon untuk melepaskan jawatan disebabkan beliau menghadapi masalah kesihatan pada akhir tahun 2009 dan telah kembali ke Rahmatullah pada 15hb Feb 2011.


PEJABAT PENTADBIRAN PERKIM SEJAK PENUBUHAN

Pejabat PERKIM Bahagian Negeri Kedah pada mulanya bertempat di Pejabat Pelajaran  Dewasa (Bahagian Agama) Jalan Langgar terletak di belakang Bangunan Pekan Rabu, Alor Setar Kedah. Dalam rangkaian bangunan tersebut juga pada waktu itu terletaknya Pejabat Daerah, Pejabat Tanah dan Galian dan Pejabat Percetakan. Bangunan ini telah lama dirobohkan untuk dibina sederet kedai diatas tapak yang sama.

Pejabat PERKIM telah berpindah ke pejabat baru yang dinamakan sebagai Balai Islam, iaitu satu pintu rumah kedai di tepi Sungai Kedah di No. 899 Jalan Pengkalan Kapal, Alor Setar Kedah. Pada 15hb Jun 1979, Almarhum YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah merasmikan Klinik PERKIM di Balai Islam ini. Klinik ini memberi rawatan percuma kepada semua golongan masyarakat miskin tidak mengira bangsa dan agama. Hampir 10 orang doktor memberi perkhidmatan percuma secara bergilir-gilir. Perkhidmatan klinik ini diteruskan sehingga PERKIM berpindah ke Rumah Anak Yatim Putera dengan perkhidmatan seorang Pembantu Perubatan. Akan tetapi klinik ini terpaksa ditutup pada akhir Mac 2011 disebabkan kurang mendapat sambutan, kemudahan kesihatan di klinik lain telah bertambah dan pengenalan Klinik 1 Malaysia.

Pada tahun 1979,  PERKIM telah merancang untuk membina sebuah bangunan baru di Jalan Tunku Ibrahim, bersebelahan dengan bangunan UMNO. Apabila bangunan ini telah siap, sebahagian besar ruang bangunan telah disewakan. Pentadbiran PERKIM telah berpindah ke bangunan baru ini pada tahun 1985 dengan menggunakan satu ruang kosong yang kecil.

Dalam tahun 1991, sekali lagi Pejabat PERKIM berpindah ke bangunan pejabat Asrama Anak Yatim PERKIM Darul Aitam Walmasakin Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj (DATAR), di No. 1475 Lorong Seri, Jalan Langgar, 05300 Alor Setar Kedah. Tujuan perpindahan adalah supaya pentadbiran Anak Yatim dan PERKIM dapat dilaksanakan dengan lebih teratur dan berkesan.