Aktiviti 2020

AKTIVITI & PROGRAM ANAK YATIM PERKIM TAHUN 2020

3 JAN 2020

Perjumpaan bersama anak-anak yatim, warden dan Jawatankuasa DATAR sempena awal tahun persekolahan bagi tahun 2020. Bertempat di Dewan DATAR.


18 JAN 2020

Majlis kenduri kesyukuran untuk anak-anak yatim DATAR anjuran Tuan Haji Baharuddi, bekas pengetua Kolej Sultan Abdul Hamid. Bertempat di Dewan DATAR jam 12.00 tengah hari. Yang Berbahagia Dato’ Haji Salim bin Abdul Hamid hadir sebagai wakil Jawatankuasa PERKIM Bahagian Negeri Kedah.


8 FEB 2020

Majlis sambutan Tahun Baru Cina bersama Mitsubishi Kedah bertempat di Cawangan Mitsubishi di Perusahaan Mergong, Alor Setar. Majlis bermula jam 11.00 pagi hingga 2.00 petang ini melibatkan 16 orang anak putera dan 2 orang warden pengiring sahaja. Manakala program menonton wayang pada pukul 4.00 petang melibatkan semua anak DATAR bertempat di panggung wayang Aman Central.


21 FEB 2020

Majlis Jamuan Amal dan Majlis Kesyukuran anjuran Wanita Islam di RC Hall Shabab pada jam 10.00 pagi.


17 OGOS 2020

Aktiviti latihan kecemasan (pengungsian bangunan) di asrama putera yang melibatkan anak-anak putera dan warden putera sahaja.


22 OGOS 2020

Majlis Sambutan Maal Hijrah dan Jamuan Hari Raya untuk anak-anak DATAR bertempat di Dewan Datar. Ceramah disampaikan oleh Ustaz Muhammad bin Yusoff. Turut hadir Tuan Bendahari Kehormat dan jawatankuasa DATAR.


23 OGOS 2020

Program ceramah bersama pegawai PDRM bertajuk “Jenayah Dikalangan Pelajar”. Ceramah disampaikan oleh ASP Noor Hazli bin Md Yusof dari bahagian Jenayah IPD Kota Setar.


7 NOV 2020

Majlis Sambutan Maulidur Rasul diadakan di Dewan DATAR pada jam 9.00 pagi, beberapa aktiviti dijalankan melibatkan anak putera dan puteri. Program ini anjuran Jawatankuasa Pengurusan Asrama DATAR.


15 NOV 2020

Majlis penyampaian sumbangan dari YDH CP Datuk Seri Haji Mazlan bin Lazim, Pengarah Logistik dan Teknologi Polis DiRaja Malaysia Bukit Aman. Majlis berlansung pada jam 3.00 petang di Dewan DATAR.