AKTIVITI & PROGRAM ANAK YATIM PERKIM
2019
2 JAN 2019
Lawatan dari Manager dan staff Parkson Alor Setar untuk memberi sumbangan pakaian dan peralatan sekolah kepada anak-anak DATAR di Dewan DATAR. Tuan Haji Adzaudin Bin Salleh selaku Bendahari PERKIM Kedah hadir mewakili PERKIM.
4 JAN 2019
Majlis Tahlil dan doa selamat anjuran keluarga Encik Khairi dan keluarga telah diadakan di Dewan DATAR. Warden Mohammad Fauwaz Bin Yusoff telah memimpin bacaan tahlil dan doa selamat.
24 JAN 2019
Majlis bacaan Yassin dan terima sumbangan di Masjid Zahir anjuran Permodalan Kedah Berhad.
14 – 15 FEB 2019
Program Orientasi pelajar asrama DATAR telah diadakan selama 2 hari dengan kerjasama dari Jawatankuasa DATAR. Beberapa program telah dijalankan dengan sempurna. Semua pelajar dan warden diwajibkan melibatkan diri dalam program ini.
16 MAC 2019
Ceramah Teknik Belajar di Dewan DATAR melibatkan anak-anak DATAR putera dan puteri. Ceramah ini bermula pada jam 9.00 pagi.
10 APR 2019
Ceramah Israk dan Mikraj anjuran Wanita PERKIM Bahagian Negeri Kedah bertempat di Dewan DATAR. Semua anak-anak DATAR putera dan puteri terlibat. Ceramah disampaikan oleh mantan Penolong Pegawai Dakwah PERKIM Bahagian Negeri Kedah Ustaz Mohamad Firdaus.
27 APR 2019
Majlis Tilawah Quran Negeri (MTQN) yang telah berlangsung di Rumah Anak Yatim Gemilang SIk. Seramai 32 orang anak DATAR telah mengambil bahagian dalam pelbagai acara seperti azan, syarahan, nasyid dan sajak. Anak-anak DATAR telah meraih banyak kemenangan dan menjadikan Rumah Anak Yatim PERKIM sebagai johan keseluruhan.
1 MEI 2019
Ceramah bertajuk ‘Ihya Ramadhan’ sempena menyambut bulan Ramadhan yang diadakan di dewan DATAR pada jam 9.00 pagi. Penceramah jemputan Ustaz Yusoff, Pegawai Agama Daerah Baling.
10 MEI 2019
Majlis berbuka puasa dan terima sumbangan dari Persatuan Silat Cekak Malaysia. Tuan Haji Adzauddin Bin Salleh selaku Bendahari PERKIM Kedah mewakili PERKIM Kedah bagi memberi ucapan dan terima sumbangan.
15 MEI 2019
Majlis berbuka puasa anjuran Wanita PERKIM Bahagian Negeri Kedah di dewan DATAR.
16 MEI 2019
Majlis berbuka puasa dan terima sumbangan dari Tenaga Nasional Berhad bertempat di Dewan DATAR.
18 MEI 2019
Majlis berbuka puasa dan terima sumbangan duit raya anjuran Keluarga Penghulu Hashim bertempat di dewan DATAR.
19 MEI 2019
Majlis berbuka puasa dan terima sumbangan duit raya dari Menteri Besar Kedah bertempat di kediaman rasmi Menteri Besar. Pengangkutan disediakan dan Setiausaha Kehormat turut hadir.


21 MEI 2019
Majlis buka puasa bersama Y.Bhg. Dato’ Syed Yusoff Idid dan keluarga bertempat di dewan DATAR. Setiausaha Kehormat turut hadir mewakili PERKIM Bahagian Negeri Kedah.
22 MEI 2019
Majlis berbuka puasa dan ampun kurnia dari YMM Che Puan Besar Kedah, Hjh. Haminah binti Haji Hamidon bertempat di TH Hotel. Pengangkutan disediakan oleh pihak Yayasan Sultanah Haminah. Anak-anak DATAR turut menerima sumbangan duit raya.
23 MEI 2019
Majlis berbuka puasa dan terima sumbangan baju raya dari pihak Petronas Bahagian Utara bertempat di Grand Alora Hotel. Pengangkutan disediakan oleh pihak Petronas. Anak-anak DATAR diberi peruntukan sebanyak RM200.00/seorang untuk membeli baju raya.
16 JUN 2019
Lawatan dari Y. Bhg. Dato Bashah dan keluarga bertujuan untuk memberi sumbangan duit raya dan KFC untuk anak-anak DATAR bertempat di dewan DATAR pada jam 5.00 petang.
23 JUN 2019
Lawatan dari Pertubuhan Anak-anak Yatim Malaysia (PEYATIM) yang tiba ke PERKIM Kedah pada pukul 9.30 pagi. Turut hadir dari pihak PEYATIM adalah Presiden PEYATIM sendiri Ym Prof Dato’ Dr. Haji Tengku Mahmud Bin Mansor dan ahli-ahli jawatankuasa serta staff-staff PEYATIM. Taklimat dan jamuan makan diadakan di bilik mesyuarat asrama Puteri.
Majlis Jamuan Hari Raya PERKIM Bahagian Negeri Kedah bertempat di dewan DATAR. Turut hadir Setiausaha Agong PERKIM Kebangsaan Y. Bhg. Tan Sri Yusoff Nor, Penolong Setiausaha Agong Y. Bhg. Datuk Hj Hasbullah bin L.Isa, Bendahari Kehormat Y. Bhg.Tan Sri Dato’ Dr. Muhammad Rais bin Abdul Karim dan staff-staff PERKIM Kebangsaan.
13 JUL 2019
Majlis kenduri Aqiqah di rumah Pak Majid Katering. Semua anak putera dan puteri pergi ke majlis tersebut bersama warden bertugas.
24 JUL 2019
Perjumpaan Setiausaha Kehormat PERKIM Bahagian Negeri Kedah bersama warden-warden asrama DATAR.
26 JUL 2019
Perjumpaan AJK Pengurusan Asrama bersama anak-anak DATAR. Diadakan di asrama Puteri.
27 JUL 2019
Majlis Tilawah Quran anjuran Wanita PERKIM Bahagian Negeri Kedah diadakan di asrama Putera. Semua anak-anak putera dan puteri terlibat.
20 OGOS 2019
Majlis Jamuan Hari Raya Korban anjuran PERKIM Bahagian Negeri Kedah Darul Aman. Majlis dimulakan pada pukul 12.00 tengah hari. Semua anak-anak DATAR, saudara baru ahli jawatankuasa PERKIM dan DATAR terlibat. Jamuan diadakan di Dewan DATAR asrama putera.
28 OGOS 2019
Majlis bacaan Yasiin untuk anak-anak DATAR yang akan mengambil peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM bagi tahun 2019. Majlis bacaan Yasiin diadakan di Surau PERKIM dan majlis jamuan makan di Dewan DATAR.
9 SEP 2019
Aktiviti riadah dan sambutan hari lahir anak-anak DATAR putera dan puteri bertempat di Taman Rimba, Alor Setar. Bergerak ke Taman Rimba pada jam 8.00 pagi.
16 SEP 2019
Majlis bacaan Yassin untuk anak-anak DATAR yang akan mengambil peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM.


18 SEP 2019
Program Sambutan Maal Hijrah anjuran Wanita PERKIM Bahagian Negeri Kedah diadakan di Dewan DATAR pada jam 3.00 petang. Ceramah disampaikan oleh Pegawai Dakwah PERKIM Kedah, Ustaz Muhammad Syazwan Menon. Program ini melibatkan semua anak-anak yatim DATAR dan juga saudara baru.
28 SEP 2019
Program sukaneka anjuaran Ikatan Muslimin (ISMA) bertempat di D’Futsal Titi Gajah. Anak-anak putera sahaja yang terlibat.


12 OKT 2019
Lawatan ke Pusat Sains bagi program riadah di Taman Jubli Emas, Suka Menanti untuk pelajar putera sahaja.
19 OKT 2019
Lawatan dan aktiviti riadah di Homestay Teroi, Yan. Semua anak-anak putera dan puteri telibat dan diiring oleh 5 orang warden.
21 OKT 2019
Jemputan dari pihak Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) untuk membawa anak-anak putera menontong wayang di GSC Aman Central jam 8.00 malam. Diiring 2 warden bertugas.
30 OKT 2019
Persatuan Bola Sepak Negeri Kedah hadir bagi mengadakan majlis bacaan yassin dan solat hajat bersama anak-anak yatim PERKIM Kedah. Turut hadir Dato’ Pengerusi PERKIM Kedah dan Bendahari Kehormat PERKIM Kedah mewakili pihak PERKIM.