Setiap tahun PERKIM Kebangsaan ada menyalurkan bantuan kewangan kepada PERKIM Bahagian untuk tujuan dakwah bagi seluruh Negeri Kedah termasuk menyediakan 3 orang kakitangan yang gaji mereka ditanggung sepenuhnya oleh PERKIM Kebangsaan.
Peruntukan yang diterima cuma disekitar RM 50,000 setahun sahaja. Untuk tujuan melaksanakan aktiviti-aktiviti yang lain termasuk untuk menanggung anak-anak yatim dan kos penyelenggaraan bangunan asrama dan pejabat, PERKIM Bahagian terpaksa mencari sendiri peruntukan dan sumbangan dari orang ramai.
Perbelanjaan untuk anak-anak yatim berjumlah dalam 70 orang memerlukan sekitar RM 70,000 sebulan. Ini termasuklah untuk menanggung makanan, pakaian, duit poket, pelajaran, gaji seramai 12 orang warden (6 orang untuk lelaki dan 6 orang untuk perempuan) dan lain-lain.
Sehubungan dengan ini PERKIM Bahagian Negeri kedah ingin memohon dan merayu bantuan dari masyarakat di seluruh Malaysia agar program pemeliharaan anak-anak yatim ini tidak terjejas oleh kerana kekurangan kewangan dan ianya dapat diteruskan dengan penuh kejayaan.